Saturday, May 14, 2011

Kebahagiaan

Kenapa kebahagiaan tu selalu je datang dan pergi dalam hidup aku? baru je nak menikmatinya, dia dah beransur-ansur pergi. Apa salah aku ? Aku cuma nak bahagia. Salah ke? Aku pening, runsing, sakit kepala, sedih, marah, benci.

Aku pun nak bahagia macam orang lain. Susah ke aku nak kecapi semua tu? Aku dah cuba segala2nya. i always be nice to him. tak pernah terlintas pun nak sakitkan hati dia. Selalu je jaga hati dia. Kalau orang kenal aku, diorang tau aku ni mmg seorang yang menjaga hati kawan sedangkan hati sendiri tak terjaga. Aku memang tak boleh tengok orang merajuk. Mesti aku jadi tak tantu arah. Aku ada buat salah ke. And i will ask for forgiveness. As simple as that. Tapi kenapa kau tak boleh nak menghargai aku?

Aku merajuk pun bukan lama. Tak sampai beberapa jam dah sejuk. Susah ke nak terima aku seadanya. Sedangkan aku tengok member2 aku merajuk macam nak mati je, bahagia je diorang. Aku tak cakap aku ni perfect ke ape, tapi kenapa aku selalu je kena macam ni. sedihhh tau..

Dulu dah kena sekali, aku dah serik. Tapi aku cuba lagi sebab aku fikir tak semua lelaki macam tu. Just try je.   Bila aku dah dapat, semua berbalik macam dulu. Perlahan2 dia lepaskan aku. Aku ni boneka ke nak main2kan aku sampai macam tu. Aku pun ada perasaan la. Sekarang, aku makin susah nak percaya kat mana2 lelaki. So sorry.

Mungkin ini memang jalan takdirku,
 Mengagumi tanpa dicintai,
 Tak mengapa bagiku,
 Asalkan kau bahagia dalam hidupmu.

Asalkan kau bahagia, aku pun turut bahagia. Aku terima seadanya walaupun aku masih mencintai dan menyayangimu.

Sunday, May 8, 2011

i'm back !

Assalamualaikum.
Hello.. Setelah sekian lama tak berblogging kerana kesibukan berkerja, now I'M BACK !
Dah lama tak meluahkan perasaan di sini. Banyak yang nak diceritakan.

  1. Aku sudah pun selesai menjalani praktikal di Shah Alam.
  2. Final cooking berjalan dengan lancar walaupun makanan aku dibaling2. haha
  3. Sekarang, aku berada di kampung kesayangan, TERENGGANU.
  4. Meanwhile, aku tengah giat mencari kerja untuk mengisi masa lapang 4bulan berada di rumah.
  5. At the same time, kerja lama bertandang kembali. Kemas rumah, masak, basuh baju menjadi rutin aku setiap hari.
Sekarang, aku tengah bahagia dengan seseorang. Masih lagi dalam proses mengenali hati masing2. Dialah tempat aku mengadu, bermanja dan bergelak ketawa. Hopefully, semua berjalan lancar.
Rindunya ngan mata dia. sumil sangat. hehe

Tak sabar nak menunggu kepulangan adik kesayangan. Tak sabar nak lepak sama-sama. Banyak yang dikongsikan bersama. Tak sabar juga nak menerima hadiah daripadanya. hehe

itu saja untuk kali ini. bye! =)