Sunday, September 23, 2012

Kehidupan.

Assalamualaikum. :)
Kali ni rasa macam banyak benda nak luah kat sini. hmmmm
Aku senggugut yang agak teruk hari ni. T__T Nak buat kerja pun tak dapat. Alih2 terpaksa ke klinik sebab tak tahan sangat dah. Dapat lah aku MC hari ni. Disebabkan teramat la sakit, balik rumah terus baring atas katil dan tidur. Alhamdulilah petang tu dah baik sikit. Apa yang aku nak ceritakan kat sini, masa aku sakit kat tempat aku kerja tu, bos aku tak tanya aku langsung pun okay ke tidak. Sepatutnya dia kena la tanya staff dia ni sehat ke tidak. Boleh buat kerja ke tak. Kalau tak ambik MC je la. Last2, aku buat keputusan sendiri nak pergi klinik dan ambik MC. hmmmm, masih ade bos yang macam ni. KAtekan lah aku sakit then pengsan and terus mati.. haaaa siape nak bertanggungjawab. aduhhhhh. manusia sekarang memang macam ni ke? memang lah sekarang ni aku dan dia dah tak rapat macam dulu disebabkan krisis yang baru2 ni. tapi tak boleh ke kalau tanya kenapa? takpelah. lagipum aku takdela nak mengharapkan sangat belas kasihan dia. FINE. lepas ni aku pun takkan peduli lagi dah hal kau. pffttt

buat masa sekarang ni aku akan bertahan untuk kerja kat situ. sementara waktu ni aku dah applykan beberapa kerja lain. dan aku sempat juga mencari2 kerja lain in case aku nak berhenti kerja kat situ. tak tahan dah. daripada hari2 makan hati, baik aku cari kerja lain yang boleh buat aku happy. mungkin lah kerja kat tempat lain tak boleh nak suka2 hati mintak cuti, at least aku happy dengan kerja aku tu. insyaAllah kalau kita ikhlas, berkat rezeki kita. :)

Aku masih rindukan dia. Macam mana ni. tak mampu nak luahkan kat dia. dan tak mampu jugak nak tanya khabar dari dia. takot tak dibalas. takot menggangu dia. tapi aku just nak bertanyakan khabar sahaja. nak kongsi masalah. tapi boleh ke dia nak dengar masalah aku ni. hmmm. 

*berbaik-baiklah kita sesama manusia. semoga Allah sentiasa melindungi kita dengan rahmatNya. amin.


Tuesday, September 18, 2012

Rindu

Assalamualaikum. 
Perkataan rindu itu satu ungkapan yang memberikan seribu makna. Ianya datang tanpa diduga. Sesekali ianya akan datang untuk mengatakan bahawa seseoang itu sedang bermain di ingatan kita. 
Aku tidak dapat meluahkan rindu itu kepada si dia kerana sebab-sebab tertentu. 
Sesekali ingatan kepada si dia bertandang kembali. Bukan dipinta namun itulah yang terjadi. 
Susah nak ungkapkan rindu itu kepada dia kerana kami hanya kawan biasa. 
Lalu aku khabarkan rinduku pada si dia melalui doaku. Semoga dia senantiase berada di bawah lindungan dan peliharaNya. Itu adalah jalan terbaik untuk aku khabarkan rinduku padanya. 
Semoga Allah dekatkan hati kami dan permudahkanlah segala urusan kami. InsyaAllah. ~amin~

Thursday, August 9, 2012

Sabar.

Bersabarlah wahai hati. Banyak sungguh dugaan bulan-bulan puasa ni. Ya Allah,tolonglah aku. kuatkanlah iman aku untuk menghadapi ujianmu. sesungguhnya aku insan yang lemah. kadang-kadang perasaan marah tu tak hilang dek kerana perkara yang sama berulang. Penat hati ini nak melayan kerenah si dia. bukan mahu bergaduh,tapi takkan setiap perkara kena jaga hati dan perasaan dia. hati kita siapa yang mahu jaga. 


Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan.

 Assalamualaikum peeps!
Ramadhan kali rase macam best sebab boleh pergi terawih ngn mak dan adik. Sebelom ni tak berkesempatan nak pergi terawih bersama-sama. Tak banyak masa terbuang dengan begitu saja. Banyak aktiviti yang dipenuhi ramadhan ni. Kali ni buat kuih raya sendiri. Takde beli2 lagi. " chep kan ade, buat ape nak beli lagi." Tu adalah ayat adik beradik aku cakap. So, ape-ape pun kena la buat. Lagipun aku tak kerja jugak cuti bulan puase ni.

Bertuahnye aku sebab aku banyak meluangkan banyak mase bersama mak tercinta. Saranghae eomoeni ! Kemas rumah, bercucuk tanam, bergelak ketawa time buat kuih raya. Best sangat. Kelakar pun ade. Sebab masing2 dah lame tak main ngan tepung, so, adela yang tak jadi. hahaha

Ramadhan tahun ni banyak jugak meluangkan mase dengan kawan-kawan lame time sekolah2 dulu. Macam tak percaye pun ade jugak sebab dah lame tak lepak ngn diorang semua. What a best ramadhan ever !

Hopefully ramadhan tahun ni dapat memberikan keberkatan kepada kita semua sebagai hamba Allah yang kerdil ni. ~amin ~


Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day.

Happy Father's Day buat semua bapa, ayah, papa, daddy. Specially to my dad. 
I MISS YOU SO MUCH ! Walaupun aku tak rapat ngn ayah aku, aku rindu sangat kat dia sekarang ni. Dah lame tak dengar suara, gelak tawa, gurauan, marah dia. Ahhhhh.... rindunyeeeee....

Mak aku lagi la. Kadang2 borak-borak pasal cek, tetibe dia nanges. Aku tak boleh tengok mak nanges coz jap lagi aku pun nak nanges sekali. Mak selalu cerita pasal cek. Aku tau dia rindu cek. Tapi tula cara dia nak tunjukkan yang cek selalu dalam ingatan dia. Kadang-kadang terkeluar jgk dari mulut mak, "cek dah makan ke belom " then, tetibe mak senyap. Mak terus ke dapur, diamkan diri kat sane. Aku tau mak nanges. Dia mesti rindu gila kat cek. 35 tahun hidup bersama, haruslah selalu ingat.

Terima Kasih tak terhingga buat cek sebab dah besarkan kami bersembilan dengan jayanya. Penat lelah mencari rezeki besarkan kami takkan pernah kami lupakan. Banyak pengorbanan yang telah cek lakukan untuk mencari sesuap nasi untuk besarkan kami semua.


Kenangan bersama cek takkan kami lupakan sampai mati. Kerana ianya menrupakan KENANGAN TERINDAH dalam hidup kami semua. I LOVE YOU AND MISS YOU SO MUCH ! Moga cek tenang disana bersama orang-orang yang beiman. amin ~

Monday, June 13, 2011

Only Hope.

There's a song that's inside of my soul.
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold.
But you sing to me over and over and over again.

So, I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I know now you're my only hope. 


Sing to me the song of the stars.
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again.
When it feels like my dreams are so far
Sing to me of the plans that you have for me over again.

So I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I know now, you're my only hope.

I give you my destiny.
I'm giving you all of me.
I want your symphony, singing in all that I am
At the top of my lungs, I'm giving it back.

So I lay my head back down.
And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours
I pray, to be only yours
I know now you're my only hope. 



This song meant so much to me. I love this song and i wish that you are my destiny.

Sunday, June 12, 2011

Untitle.

Aku manusia yang punya hati dan perasaan. Seorang perempuan yang masih lagi mentah dalam kehidupan. Seorang wanita yang ingin mengecapi kebahagiaan yang mutlak. Aku masih seorang wanita biasa yang punya harga diri dan maruah. Aku boleh mengerti bahawa kamu sedang mempermainkan aku. Aku tidak bodoh untuk mempercayaimu sepenuhnya walaupun aku masih sayang kamu. 
Setiap ahad kamu menghilangkan diri tanpa berita. Setiap kali kamu membohongi aku dengan kata-kata manismu. Aku yang mentah ni terus mempercayaimu.
Aku seorang perempuan biasa. Jangan memperbodohkan aku sebegini rupa. Aku tidak dapat untuk menerima semua ini dengan senang. Aku hanya perlukan kesetiaanmu terhadap diri ini.
Trust, love and loyalty. Which one is important in relationship?