Monday, December 20, 2010

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup pasti akan mati. setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini.
12 DECEMBER 2010 
tarikh yang pasti akan menjadi ingatan aku sampai bila-bila. ayahanda tercinta atau CIK, panggilan mesra kami sekeluarga, EMBONG BIN TAHIR telah kembali ke rahmatullah jam 10.08pm. pemergian CIK amat dirasai oleh kami. ayah tercinta yang selama ini menyara kami meninggalkan kami buat selama-lamanya.

kalau ikutkan ic, ayah aku berumur 87 tahun, tapi menurutnya, umur beliau sudah menjangkau 90 ke atas. ayah aku meninggal dalam keadaan yang sangat senang. ALHAMDULILLAH. mak bersama kakak ipar aku berada di sisi ayah ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir.

aku diberitahu akan berita ini semasa aku berada di Shah Alam, menyempurnakan praktikal terakhir sebelom aku menamatkan diploma. sedih gile time aku dapat tahu. time tu aku otw nak keluar. immediately pergi cari tiket nak balik malam tu jugak. dah la time tu dah pukul 10.30. bas ker Kuala Terengganu semuanya dah berlepas. aku menangis macam orang gila meroyan nak balik. semua orang dah pandang aku semacam jer. last2, tiket nak balik ke kuantan je yang ada. nasib baik cousin ika nak tolong ambik kat sana then hantar balik rumah. terhutang budi gile la kat diorang. tiket bas pun Farish yang bayar sebab aku memang dah sengkek gila. duit ada RM2 jer dalam dompet. shira pulak terlepas tengok wayang sebab hantar aku pergi stesen bas. pity her.how lucky am i to have those friends with me that night. THANX ALOT YOU GUYS !

syukur alhamdulillah sebab aku sempat sampai sebelum ayah aku dikebumikan. kak Fizah yang berada di sabah tak sempat nak balik sebab takde tiket. terkilan. Fikri, adik aku kat rusia pun tak dapat balik tuk lihat ayah aku buat kali terakhir. tapi dia redha atas pemergiannya. Izuan,adik aku yang pergi melancong kat kedah pun nyaris-nyaris tak sempat nak jumpe. tu pun sempat jumpa kat tanah perkuburan.

hari ini genap 8 hari pemergian beliau. syukur, majlis tahlil semuanya berjalan dengan lancar. Fikri pun ada menjalankan tahlil di Rusia besama-sama kawannya. kuatkan dan tabahkan hati kami dalam menempuhi kehidupan ini tanpa beliau.

pemergian beliau kami redha dan setiap jasa beliau kami hargai dan akan kami ingati sampai akhir hayat.
semoga ayahanda tersayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin~

WE LOVE AND MISS YOU  !

Thursday, December 9, 2010

down.

hari ni balik keje dengan hati dan perasaan yang sangat terluka dan berdarah. ada sesuatu yang membuatkan aku merasa begitu sakit hati. sampaikan airmata aku ni dah nak keluar dari kelopak. namun tetap ku gagahi juga agar tiada siapa yang tahu. 
badan dah la penat buat keje sepanjang hari. walaupun aku just praktikal je, aku dah macam kerja kat situ pulak. sume keje aku yang siapkan. takpela, lagipun aku enjoy. hari ni je aku rase down sikit.
hmmm. kawan tak selamanya baik. 
whatever it is, anythings that happen is my fault.

Wednesday, December 8, 2010

kenapa??

kenapa lelaki suka kat pempuan yang cantik, free hair dan seksi. mostly memang macam tu. aku sebagai seorang wanita memang tak paham. nampak pempuan cantik sikit jer mula la nak scanning dan menggatal. nampak pempuan buruk * tanak guna hodoh, macam hina sangat je tanak pandang langsung.
semua tu ciptaan Tuhan, jangan la nak memperlekehkannya. aku salah seorang pempuan yang tak cantik. aku memang sangat memahami perasaan mereka tu semua. sebab aku berkawan dengan mereka-mereka yang cantik. setiap kali keluar memang mereka menjadi perhatian di kalangan lelaki.

nak dijadikan cerita, aku baru je kenal dengan sorang mamat ni. aku pun kenalkan dengan member-member aku. bukan main dia melayan diorang yang cantik-cantik tu. aku ni dilupakan. aku bukan la kesah sangat, tapi bila obviously nampak, memang la aku terasa. nak jalan tepi aku pun malu. apedehal?? kalau tak boleh terima aku macam ni, tak yah la kawan. siape yang boleh terima aku seadanya je yang boleh kawan dengan aku. kalau setakat nak ambil kesempatan kat aku ni, tak payah la. aku bukan barang mainan yang boleh dipermainkan!!

setiap inci dunia  ni adalah ciptaan ALLAH, so terimalah seadanya !

Wednesday, December 1, 2010

Baru.

Alhamdulillah. aku dah selamat sampai di negeri Selangor Darul Ehsan. walaupun bas yang aku naiki tempoh hari tesangat la lambat perjalanannya akhinya aku selamat menapak di tanah bukan kelahiran aku di shah alam.

esok, hidup aku yang selama ini dipenuhi dengan belajar *belajar ker , aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah tu akan berubah. hari-hari pg keje kecuali ahad. takde masa nak main2 lagi. nak lepak-lepak macam dulu. semuanya akan berubah menjadi baru. bulan baru, azam pun baru, azam baru, impian pun baru, semua la.

barang-barang pun banyak dah baru. al maklomla, datang naik bas jer. tak banyak bawak barang. so, terpaksa la beli barang baru. tapi tak banyak la. sebab duit dalam peti besi bank islam dah makin berkurangan. berjimat cermat itu amalan mulia. haha.sekarang baru pandai nak berjimat. bila dah pokai baru la nak pikir pasal duit ni. dulu, shopping bagai tak ingat dunia. haha

aku megabadikan diri aku kat apartment baiduri untuk 4bulan sepanjang aku praktikal ni. dapat housemate baru yang baik. cume, diorang ni tak pandai mengemas kowt. terkejut beruk aku masa first time masuk rumah. mak aiii, bersepah. macam rumah orang laki bujang jer. tapi tak kisah la, asalkan aku ade tempat nak merehatkan diri lepas berpenat lelah bekerja.

hopefully praktikal semester ni akan berjalan dengan lancar. amin~~

smile with me, laugh with me, smile and laugh always !