Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan datang lagi!

Bulan keberkatan,kemuliaan datang lagi!
Target saya bulan ni nak kurus.hahhahaha 
Orang lain tengah bersusah payah nak katamkan Quran, saya sibuk nak kuruskan badan. Mane lagi penting dalam bulan puase ni??
Haruslah amal ibadat kita kan sebab pahala dilipat kali ganda.
So, conclusionnya, 2 in 1. kuruskan badan dan ibadat. 
Nak jugak kurus tu.haha

Terasa pulak saya dengan iklan ni. So,luruskan niat anda di bulan yang mulia ini.


Kalau nak diingatkan zaman budak2 dulu, mesti gelak sorang2.
Banyak sangat kenangan time puasa ni. Minum air dalam toilet, makan senyap2 dalam bilik.
Bangun sahur beria, tapi puasanya hangat2 tahi ayam jer.
Kalau puasa penuh pun memang tak ikhlas sebab mak ayah dah janji nak bagi duit raya lebih. Tu je yang kita nak kan selama berpuasa ni.
Sekarang pun masih lagi berharap nak duit raya lebih. haha 

Berpuasa kat u ni lain sikit sebab banyak sangat cabarannya especially time kelas kitchen. Dah la kena masak, nak merasa pun xboleh. Tup2 nanti ade je yang pahala puase dah tinggal separuh dek bau makanan.haha
Bulan pose tahun ni ramai sangat orang sakit. Saya pun xterkecuali. Banyak sangat dugaan. One of my coursemates baru jer kehilangan Bonda tersayang baru2 ni pada first day puasa.
( al-fatihah)
Sangat sedih. Takziah diucapkan untuk Naziatul Akma Yusre. Semoga dia dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah.

Setakat ini saja coretan untuk kali ini.
Selamat Berpuasa, Selamat Bersahur !!!

No comments:

Post a Comment