Monday, December 20, 2010

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup pasti akan mati. setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini.
12 DECEMBER 2010 
tarikh yang pasti akan menjadi ingatan aku sampai bila-bila. ayahanda tercinta atau CIK, panggilan mesra kami sekeluarga, EMBONG BIN TAHIR telah kembali ke rahmatullah jam 10.08pm. pemergian CIK amat dirasai oleh kami. ayah tercinta yang selama ini menyara kami meninggalkan kami buat selama-lamanya.

kalau ikutkan ic, ayah aku berumur 87 tahun, tapi menurutnya, umur beliau sudah menjangkau 90 ke atas. ayah aku meninggal dalam keadaan yang sangat senang. ALHAMDULILLAH. mak bersama kakak ipar aku berada di sisi ayah ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir.

aku diberitahu akan berita ini semasa aku berada di Shah Alam, menyempurnakan praktikal terakhir sebelom aku menamatkan diploma. sedih gile time aku dapat tahu. time tu aku otw nak keluar. immediately pergi cari tiket nak balik malam tu jugak. dah la time tu dah pukul 10.30. bas ker Kuala Terengganu semuanya dah berlepas. aku menangis macam orang gila meroyan nak balik. semua orang dah pandang aku semacam jer. last2, tiket nak balik ke kuantan je yang ada. nasib baik cousin ika nak tolong ambik kat sana then hantar balik rumah. terhutang budi gile la kat diorang. tiket bas pun Farish yang bayar sebab aku memang dah sengkek gila. duit ada RM2 jer dalam dompet. shira pulak terlepas tengok wayang sebab hantar aku pergi stesen bas. pity her.how lucky am i to have those friends with me that night. THANX ALOT YOU GUYS !

syukur alhamdulillah sebab aku sempat sampai sebelum ayah aku dikebumikan. kak Fizah yang berada di sabah tak sempat nak balik sebab takde tiket. terkilan. Fikri, adik aku kat rusia pun tak dapat balik tuk lihat ayah aku buat kali terakhir. tapi dia redha atas pemergiannya. Izuan,adik aku yang pergi melancong kat kedah pun nyaris-nyaris tak sempat nak jumpe. tu pun sempat jumpa kat tanah perkuburan.

hari ini genap 8 hari pemergian beliau. syukur, majlis tahlil semuanya berjalan dengan lancar. Fikri pun ada menjalankan tahlil di Rusia besama-sama kawannya. kuatkan dan tabahkan hati kami dalam menempuhi kehidupan ini tanpa beliau.

pemergian beliau kami redha dan setiap jasa beliau kami hargai dan akan kami ingati sampai akhir hayat.
semoga ayahanda tersayang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin~

WE LOVE AND MISS YOU  !

2 comments: