Tuesday, September 18, 2012

Rindu

Assalamualaikum. 
Perkataan rindu itu satu ungkapan yang memberikan seribu makna. Ianya datang tanpa diduga. Sesekali ianya akan datang untuk mengatakan bahawa seseoang itu sedang bermain di ingatan kita. 
Aku tidak dapat meluahkan rindu itu kepada si dia kerana sebab-sebab tertentu. 
Sesekali ingatan kepada si dia bertandang kembali. Bukan dipinta namun itulah yang terjadi. 
Susah nak ungkapkan rindu itu kepada dia kerana kami hanya kawan biasa. 
Lalu aku khabarkan rinduku pada si dia melalui doaku. Semoga dia senantiase berada di bawah lindungan dan peliharaNya. Itu adalah jalan terbaik untuk aku khabarkan rinduku padanya. 
Semoga Allah dekatkan hati kami dan permudahkanlah segala urusan kami. InsyaAllah. ~amin~

No comments:

Post a Comment